Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Baling atas tuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian pasangan suami isteri, 18 April lalu. Yeoh Chiew Fern, 37 tahun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.