Zaki Yamani harap duit bapa buat bisnes? Jamal Abdillah kata hanya beri nasihat... bukan bagi modal

2022-02-10 19

SELEPAS penyanyi Zaki Yamani dituduh menggunakan kekayaan keluarga untuk memulakan perniagaan, bapanya iaitu Datuk Jamal Abdillah tampil mempertahankan anaknya.

Ujar Jamal, dia tidak memberi sebarang modal atau bantuan kewangan kepada Zaki dan hanya memberi kata-kata semangat bagi mendorong remaja itu memulakan perniagaan.

“Masa Zaki nak mulakan perniagaan, dia ada cakap dengan saya... tapi saya tak ada bagi apa-apa, hanya suruh dia cuba dan buat sendiri dulu.

“Saya tidak bagi modal apa pun, cuba dan usaha jika dia berjaya dalam proses ini, dia akan menjadi seorang yang berdikari,” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Jamal menyifatkan Zaki seorang yang matang walaupun baru berusia 16 tahun.

“Zaki lebih matang dan saya rasa dia tahu macam mana nak handle situasi macam ini.

“Saya selalu cakap, kita kena tenang dan jangan cepat melenting, Zaki kena tenang dan perkara sebenar akan terjawab,” katanya.