Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan perintah injunksi Mareva ex-parte kepada 1MDB dan subsidiarinya untuk membekukan aset Najib Razak atau ejennya.
Ia berkaitan tuntutan syarikat itu terhadap AS$681 juta yang didakwa disalurkan ke akaun peribadi bekas perdana menteri itu.
Permohonan ex-parte itu hanya membenarkan Najib mengeluarkan tidak lebih RM100,000 sebulan daripada akaun banknya untuk perbelanjaan.