Semua penerima vaksin Covid-19 jenis Sinovac kini dibenarkan memilih vaksin yang sama bagi suntikan dos penggalak mereka, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Khairy berkata keputusan itu dibuat untuk menangani keraguan terhadap vaksin jenis Pfizer dan AstraZeneca walaupun penerimaan dos penggalak Pfizer lebih digalakkan.