Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini memberi jaminan bahawa ibu bapa tidak akan diwajibkan untuk mendaftarkan anak mereka untuk mendapatkan vaksin Covid-19.
Bercakap ketika pelancaran Program Imunisasi Kebangsaan bagi kanak-kanak (PICKids) hari ini, Khairy berkata ibu bapa perlu diyakinkan mengenai program itu sebagaimana PICK Remaja tahun lalu.
Selain itu katanya, kerajaan tidak akan mengenakan larangan perjalanan terhadap kanak-kanak yang tidak divaksin seperti yang dikenakan kepada golongan dewasa.