'Logo PKR lebih dikenali, logo PH tak banyak membantu di Melaka'

2022-01-27 223

PKR memutuskan untuk menggunakan logo sendiri di Johor kerana logo PH dibayangi era hampir dua tahun pentabiran mereka sebagai kerajaan persekutuan.

Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, logo PKR juga lebih dikenali yang merupakan faktor penting dalam kerusi-kerusi separa luar bandar di mana PKR sering bertanding.