PRN Johor: Tuduhan Bersatu tak berasas, tanda habis modal - Shamsul

2022-01-25 306

Pengarah Komunikasi BN, Shamsul Anuar Nasarah menyifatkan kenyataan dibuat Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan berhubung PRN Johor sebagai 'tidak berasas dan sudah kehabisan modal'.

Ini selepas Wan Saiful mendakwa PRN itu sebenarnya dicetuskan oleh 'kluster mahkamah' dalam Umno dan tidak menolak kemungkinan akan berlaku lagi PRN lain selepas ini.