Usaha PAS temui Umno Johor belum berhasil kerana Hasni 'sibuk'

2022-01-25 232

Sehari selepas BN menyatakan hasrat gabungan itu untuk bergerak secara solo, PAS Johor menyatakan mereka sedang cuba bertemu dengan Menteri Besar Hasni Mohammad.

Harakahdaily melaporkan, Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin berkata mereka cuba bertemu dengan Hasni semalam namun diberitahu pengerusi Umno Johor itu sedang sibuk.