NGO mohon campur tangan Agong, desak moratorium pembalakan 25 tahun

2022-01-22 153

Susulan banjir besar pada Disember lalu yang meragut sekurang-kurangnya 54 nyawa, beberapa NGO telah menggesa Yang di-Pertuan Agong untuk mendesak moratorium pembalakan selama 25 tahun di seluruh negara.

Mereka juga mahu keseluruhan kompleks hutan di Banjaran Titiwangsa diwartakan sebagai taman negara bagi menjamin perlindungannya.

Kumpulan NGO tersebut turut menyerahkan memorandum tuntutan mereka kepada Istana Negara.