Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman mempertahankan menteri-menteri yang bercuti di luar negara semasa bencana banjir besar melanda negara Disember lalu.
Katanya tugas menteri itu boleh diberikan kepada timbalan menteri, ketua setiausaha kementerian dan juga pegawai-pegawai kerajaan.
Terdahulu, beberapa menteri yang sedang berada di luar negara semasa banjir berlaku mendapat kecaman dari rakyat antaranya Menteri Air dan Alam Sekitar, Tuan Ibrahim Tuan Man.