Peluang Umno menang di Johor? Kena tunggu DUN bubar dulu - Zahid

2022-01-14 697

Tahap keyakinan Umno untuk menang di Pilihan Raya Negeri Johor perlu berdasarkan 'sains dan data' dan hanya boleh ditentukan selepas pembubaran DUN, kata Presidennya Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditanya sekiranya Umno yakin mampu mencapai kemenangan besar di Johor seperti di PRN Melaka tahun lalu.

Dalam pada itu Zahid berkata, PRN bukan sesuatu yang luar biasa untuk Umno dan jentera parti telah pun bersiap siaga sejak beberapa pilihan raya kecil (PRK) yang lepas.