Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang mengingatkan bahawa Azam Baki boleh dipenjara jika enggan hadir menemui Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) Bagi Agensi- Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Ini selepas PSC memanggil Ketua Pesuruhjaya SPRM itu untuk hadir pada mesyuaratnya Rabu depan berhubung dakwaan pemilikan saham yang mencetuskan konteroversi.