'Hanya Agong boleh tamat jawatan saya' - Azam enggan letak jawatan

2022-01-12 670

Di sebalik tekanan segenap penjuru berhubung dakwaan pemilikan sejumlah saham, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata dia tidak akan berundur daripada jawatan disandang.

Katanya, tiada mana-mana pihak yang boleh menamatkan tugasnya selain daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.