Polis siasat kes langgar SOP majlis Makkal Sakti dihadiri Najib

2022-01-12 472

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan pelanggaran SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 4, dalam sebuah majlis Parti Makkal Sakti pada Ahad lalu.

Majlis itu dihadiri bersama kepimpinan parti itu dan bekas perdana menteri Najib Razak dalam acara yang diberi nama "Bossku our national pride".