'Murid sekolah rendah dibenar buat ujian kendiri Covid-19 di rumah'

2022-01-11 110

Kementerian Kesihatan (KKM) telah membenarkan murid sekolah rendah menjalani ujian saringan kendiri Covid-19 di rumah masing-masing bermula minggu ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Mohd Radzi Md Jidin berkata, kelonggaran itu diberikan selepas perbincangan dibuat antara Kementerian Pendidikan (KPM) dan kementerian tersebut.

Jelas beliau, ibu bapa dan penjaga perlu memaklumkan keputusan ujian kepada pihak sekolah.

Sumber video: https://www.facebook.com/DrRadziJidin/videos/467727428191976

Free Traffic Exchange