Pengerusi LPPR salahkan media, kesal kenyataan enam ahli LPPR

2022-01-11 594

Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Abu Zahar Ujang mempersalahkan media berhubung kontroversi yang timbul daripada sidang medianya pada 5 Januari lalu.

Ini ketika dia mengisytiharkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung pemilikan saham bernilai sekitar RM700 000 pada 2015.

Menurutnya, kenyataan medianya sebanyak 13 halaman tidak dilaporkan secara menyeluruh sehingga menyumbang kepada tanggapan tidak tepat oleh orang awam.