WAWANCARA EKSKLUSIF
Berdepan rakyat yang kemurungan selepas dilanda banjir bukan satu tugas mudah. Ini antara tanggungjawab perlu dipikul Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Bantuan barangan saja tidak cukup, mereka juga perlu ‘dipulihkan’ semangat daripada trauma.
Saksikan Timbalan Menterinya, Datuk Siti Zailah Mohd Yussof yang berkongsi kisah beliau turun padang bersama NGO dan agensi lain dalam memberi bantuan dan sokongan kepada mangsa baru-baru ini.
#SinarHarian #WawancaraEksklusif