PAS sambut baik penjelasan Azam, harap dapat hentikan keraguan

2022-01-07 1

PAS menyambut baik penjelasan terbuka Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki mengenai dakwaan pemilikan sahamnya dalam beberapa syarikat.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata demikian bagi mengulas penjelasan Azam bahawa akaun dagangan miliknya digunakan oleh adiknya untuk memperoleh saham dalam dua buah syarikat.