Azam perlu tawar diri disiasat PSC atau letak jawatan - Kit Siang

2022-01-03 480

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki perlu menawarkan diri untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung dakwaan pemilikan saham dalam syarikat senaraian awam.

Veteran DAP Lim Kit Siang berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Lim lagi, Azam perlu meletakkan jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM sekiranya beliau tidak bersedia untuk memberikan keterangan di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas.