Banjir Sri Muda tiada kena-mengena dengan projek perumahan - Exco

2021-12-30 685

Kerajaan Selangor semalam menafikan dakwaan bahawa pembinaan perumahan berdekatan pintu air di Taman Sri Muda sebagai punca kawasan itu terjejas teruk akibat banjir.

Exco negeri Izham Hashim berkata demikian bagi mengulas dakwaan Nazilah Idris, ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Raja berhubung perkara itu.