Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa menggesa supaya kabinet campur tangan dalam isu yang dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.
Ini selepas SPRM diselar kerana tidak bertindak terhadap dakwaan pemilikan hampir dua juta unit saham oleh Azam dalam sebuah syarikat tersenarai di Bursa.