Saifuddin gesa sidang khas parlimen bahas isu banjir

2021-12-24 259

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menggesa kerajaan mengadakan sidang khas parlimen bagi membincangkan isu semasa yang mendesak dihadapi rakyat sekarang.

Katanya, dalam tempoh kira-kira seminggu lalu rakyat Malaysia khususnya di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Pahang sangat terkesan akibat bencana banjir.