Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani hari ini menzahirkan penghargaannya kepada para sukarelawan dan NGO yang membantu agensi kerajaan dalam usaha menyelamat dan memindah mangsa banjir.
Acryl menyifatkan sukarelawan tersebut sebagai 'wira yang tidak didendang' kerana sikap mereka yang tidak mendabik dada atau menuntut sebarang pengiktirafan daripada mana-mana pihak.