'MB tak faham struktur MKN, sebab itu persiapan banjir kelam-kabut'

2021-12-22 1,625

Menteri kabinet Noh Omar mengkritik Menteri Besar Selangor Amirudin Shari yang tidak memahami struktur Majlis Keselamatan Negara.

Noh berkata sebenarnya kedua-dua mereka mempengerusikan dua jawatankuasa MKN negeri yang berbeza, berdasarkan dua arahan.

Ini selepas Amirudin berkata, dia kembali dilantik mempengerusikan MKN Selangor dan menzahirkan kekangan tidak dapat meminta bantuan banjir dari polis dan tentera susulan badan itu dipengerusikan Noh.