Muda tuntut Abdul Latiff letak jawatan, gagal selaras bantuan

2021-12-21 1,131

Dr Abdul Latiff Ahmad perlu berundur daripada jawatannya, berdasarkan kepada cara kerajaan khususnya Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), dalam menguruskan isu banjir beberapa hari lalu.

Ketua Penerangan Parti Muda, Zaidel Baharuddin berkata menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mesti bertanggungjawab atas kegagalan yang berlaku.