Satu mayat lelaki, dipercayai mangsa lemas pertama banjir di Selangor, ditemukan di jalan masuk utama ke Pangsapuri Alam Idaman, Seksyen 22 Shah Alam malam tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Baharudin Mat Taib berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan penemuan mayat lelaki berusia lingkungan 30-an, yang merupakan penghuni Pangsapuri Residensi Hijauan, Seksyen 22 kira-kira pukul 7.50 malam.