Kes SRC: Peguam Najib dakwa banyak lagi bukti disembunyikan

2021-12-17 1

Peguambela bekas perdana menteri Najib Razak hari ini mendakwa terdapat lebih banyak bukti dalam kes SRC International yang didakwa telah disembunyikan daripada pengetahuan pihak pembelaan.

Peguam Muhammad Shafee Abdullah memberitahu sidang media bahawa pasukannya sedang berusaha untuk mendapatkan beberapa dokumen dan akan membuat permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk mengemukakan bukti baru dalam rayuan Najib.