'Menyusahkan!' - MP persoal sesi Dewan Rakyat ditambah sehari lagi

2021-12-16 1,190

Persidangan Dewan Rakyat yang sepatutnya berakhir hari ini ditambah sehari pada Isnin ini, (20 Dis) bagi membolehkan Rang Undang-Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 dibincang dan diputuskan.

Pengumuman Speaker Azhar Harun itu mencetuskan bantahan daripada ahli parlimen pembangkang, antaranya Mahfuz Omar (PH -Pokok Sena) yang menyatakan mereka telah membuat perancangan untuk pulang ke kawasan parlimen masing-masing.