Pakatan Harapan tidak akan menyokong Rang Undang-Undang Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021, yang dibentang dua hari lalu dan dijangka dibahaskan hari ini.
Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail berkata pendirian itu dibuat walaupun KKM melakukan tiga pindaan berbanding draf asal pada Akta 342 tersebut.