Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Presiden Muda Syed Saddiq Abdul Rahman melahirkan rasa terima kasih kepada institusi kehakiman atas keputusan Mahkamah Tinggi yang berpihak kepada mereka.
Katanya keputusan tersebut sangat bermakna selepas mereka melalui pelbagai cabaran dalam mendaftarkan parti dan menegaskan kewujudan mereka bukanlah untuk 'membunuh' mana-mana musuh politik.