Kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh untuk memutuskan sama ada akan mewajibkan lesen minuman keras ke atas premis perniagaan, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini.
Mengakui timbulnya beberapa kekeliruan baru-baru ini, menteri itu menjelaskan kerajaan tidak bercadang melakukan sebarang pindaan untuk pewakilan kuasa bagi tujuan itu.
7 Dis lalu, Menteri Kewangan Wee Ka Siong memaklumkan Kementerian Kewangan telah mengarahkan pembatalan syarat baru Jabatan Kastam bagi perlesenan arak untuk restoran dan kedai kopi.