Tindakan dua lelaki yang 'berpakat' menggunakan parkir khas untuk golongan orang kurang upaya menarik perhatian Pengerusi Bernama, Ras Adiba Radzi semalam.
Melalui media sosialnya, senator itu menuntut kedua-dua lelaki terbabit memohon maaf kepada komuniti OKU kerana mempermainkan golongan terbabit.