Bekas perdana menteri Najib Razak menolak penilaian hakim Abdul Karim Abdul Jalil bahawa tindakannya dalam kes SRC International bukan khidmat buat negara, sebaliknya 'memalukan Malaysia'.
Menurut Najib, selama menjadi perdana menteri, aset negara berkembang daripada RM800 bilion kepada RM2 trilion.
Najib kemudian membangkitkan skandal dagangan tukaran wang asing yang dikaitkan dengan musuh politiknya, Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi perdana menteri kali pertama.