Hakim tak perlu gelar Najib sebagai 'memalukan negara' - Shafee

2021-12-08 10,297

Penggunaan perkataan "memalukan negara" oleh Mahkamah Rayuan dalam keputusan rayuan kes SRC Najib Razak hari ini disifatkan sebagai tidak perlu oleh peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah.


Dalam sidang medianya hari ini, Shafee berkata kenyataan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan itu mengecewakan dan boleh memberi kesan serius terhadap reputasi kliennya.