Dua lelaki meninggal dunia selepas kenderaan mereka tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di laluan FT 185, Km 27.10 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di Ipoh semalam.
Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid berkata mereka yang maut ialah pemandu lori Muhammad Hafiz Hamdi, 31, dan pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard Tan Chee Heng, 36.