Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata bekas perdana menteri Najib Razak tidak perlu menuding jari terhadap pihak lain berhubung isu kenaikan harga barangan keperluan asas.
Dia berkata demikian dalam satu hantaran di Facebooknya semalam bagi menjawab tuduhan Najib.
Wan Saiful menafikan dakwaan Najib bahawa Bersatu sedang menyusun propaganda untuk menumbangkan pentadbiran Ismail Sabri Yaakob dengan menghangatkan isu kenaikan harga barangan asas.