Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer berasa terharu kerana mendapat layanan istimewa iaitu mendapat peluang untuk menanyakan soalan kepada timbalan menteri pengangkutan sebanyak dua kali.
Peluang itu diberikan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said kerana tiada ahli parlimen lain yang ingin bertanyakan soalan kepada timbalan menteri tersebut berkaitan isu feri Pulau Pinang.