Sekumpulan pimpinan Pemuda Amanah menggesa Pakatan Harapan mendirikan khemah besar gabungan pembangkang bagi mengelak kegagalan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berulang pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Menerusi kenyataan bersama dikeluarkan lima Ketua Pemuda Amanah di Wilayah Persekutuan, mereka menegaskan episod kegagalan dalam PRN Melaka mesti menjadi pengajaran kepada semua pemimpin PH.