Kerajaan sedang memproses bayaran pampasan untuk lapan permohonan kes Kesan Sampingan Susulan Imunisasi (AEFI), daripada 52.5 juta dos vaksin Covid-19 yang telah diberikan.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, setakat 25 Nov sebanyak 93 permohonan diterima dan daripada jumlah itu, lapan permohonan diluluskan manakala 78 lagi dalam penilaian.
Sumber video: https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/202497968623984