Kumpulan pendesak royalti minyak Kelantan akan menggerakkan kembali kempen mereka susulan jawapan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz semalam.
Dalam jawapan bertulisnya di parlimen, Zafrul berkata Petronas tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana-mana negeri di Semenanjung termasuk Kelantan.