11 exco Melaka angkat sumpah, 8 muka baru

2021-11-26 2

Seramai 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka hari ini.

Sebelas Exco berkenaan mengangkat sumpah bagi membentuk kerajaan negeri bagi penggal ke-15 susulan kemenangan majoriti Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November lalu.

Sumber video: https://www.facebook.com/MelakaHariIniOfficial/videos/614193246448135