'Kita terima pandangan tapi jangan angkuh' - Anwar ingatkan sekutu

2021-11-24 1,427

Anwar Ibrahim mengingatkan sekutunya agar tidak sampai dilihat angkuh dalam memberi pandangan, ketika mengulas gesaan berundur terhadapnya berikutan kekalahan PH di Melaka baru-baru ini.

Sambil mengakui semua pandangan akan diambil kira, Pengerusi PH itu mengingatkan ahli sekutunya bahawa pendapat sedemikian boleh mengundang reaksi negatif.