Najib mohon tangguh keputusan rayuan kes SRC

2021-11-24 1

Pasukan peguam Najib Razak memohon penangguhan keputusan Mahkamah Rayuan yang pada mulanya ditetapkan pada 8 Dis, berhubung sabitan dan hukuman atas tuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Permohonan penangguhan ke tarikh selepas 13 Dis itu dibuat kerana bekas perdana menteri itu perlu menjalani kuarantin di rumah sekembalinya dari Singapura.