Sebarang bentuk kerjasama politik di Melaka akan berdasarkan kepada jumlah kerusi yang dimenangi BN, serta gabungan-gabungan lain yang menyertai pilihan raya negeri itu, kata pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi.
Zahid juga yakin BN mampu membentuk kerajaan negeri dan menjangkakan satu jajaran politik baru bakal berlaku di negeri itu.