Umno yakin mampu rampas kerusi calon ketua menteri PH - Rauf

2021-11-16 676

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Ab Rauf Yusoh percaya parti itu boleh mempertahankan 12 kerusi yang dimenangi mereka pada 2018 selain menambah empat kerusi baru.

Empat kerusi tersebut termasuk DUN Bukit Katil yang sebelum ini dimenangi PH melalui calon Amanah, Adly Zahari, yang menjadi ketua menteri selepas PRU ke-14 lalu.