Rosmah mohon hakim tarik diri dari kes ubah wang haram, elak cukai

2021-11-11 1

Rosmah Mansor memohon kepada mahkamah agar Hakim Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada mendengar kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai RM7 juta terhadapnya.

Menerusi permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 2 November, Rosmah mendakwa terdapat risiko hakim bersikap prejudis dan berat sebelah kepadanya.