Proses membuat keputusan untuk membubarkan DUN Melaka bukanlah satu perkara yang boleh dicabar di mahkamah, kata Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Hakim Noorin Badaruddin berkata demikian ketika menolak permohonan Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari untuk kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan membubarkan DUN.