'Masalah Sabah, Sarawak sebesar gunung, tapi kerajaan hanya beri cangkul'

2021-11-08 1

Jeffrey Kitingan (STAR - Keningau) hari kesal dengan Belanjawan 2022 yang mengenepikan Sabah dan Sarawak, walaupun kedua-dua negeri itu berdepan masalah 'sebesar gunung'.

Ketika sesi perbahasan Belanjawan 2022 di Parlimen hari ini, Kitingan menggesa kerajaan persekutuan membuang mentaliti lama dan mengamalkan formula pembangunan yang lebih saksama.