Sewa bulanan lebih murah, kereta rasmi menteri ditukar ke Velfire - MOF

2021-11-08 622

Keputusan kerajaan supaya Toyota Vellfire 2.5L digunakan sebagai Kenderaan Rasmi Jawatan (KRJ) dibuat berdasarkan kos sewaan bulanan kenderaan tersebut yang lebih rendah berbanding Proton Perdana 2.4 Premium.

Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, kos sewaan bulanan bagi Proton Perdana 2.4 Premium adalah RM4,854.41, manakala Vellfire 2.5 pula berjumlah RM4,851.61.