Siasatan jenayah dibuka berhubung tragedi ragut nyawa di konsert Travis Scott

2021-11-08 2

Lapan maut dan puluhan cedera selepas menghadiri konsert penyanyi Travis Scott, 29, sewaktu acara Astroworld Fest yang berlangsung di Houston, Texas kelmarin.

Ketua Polis Bandaraya Troy Finner berkata pihaknya telah membuka penyiasatan jenayah oleh detektif pembunuhan dan narkotik berikutan laporan yang tidak disahkan bahawa seseorang dalam penonton "menyuntik orang lain dengan dadah."